Dilema & persoalan Albert Einstien...
ALBERT EINSTEIN menulis teka-teki ini pada awal kurun ke-19.BELIAU MENGATAKAN BAHAWA 98% PENDUDUK DUNIA TIDAK AKAN
BOLEH MENYELESAIKANYA.
Benarkah?!
Selamat
berjaya!
Di sebuah jalan yang terdapat lima buah rumah, dicat lima warna yang berbeza. Dalam setiap rumah tinggal seseorang yang mempunyai kewarganegaraan yang berbeza. Kelima-lima pemilik rumah minum minuman yang berbeza, merokok jenama yang berbeza dan menyimpan haiwan yang berbeza.
Situasi:
1. Orang British tinggal dalam sebuah rumah merah.
2. Orang Sweden menyimpan anjing sebagai haiwan kesayangan.
3. Teh minuman Orang Denmark.
4. Rumah Hijau terletak di sebelah kiri rumah Putih.
5. Pemilik rumah Hijau minum kopi.
6. Orang yang merokok Pall Mall memelihara burung.
7. Pemilik rumah Kuning merokok Dunhill.
8. Seorang lelaki yang tinggal di rumah yang terletak di tengah-tengah minum susu.
9. Warga Norway tinggal di rumah yang pertama.
10. Lelaki yang merokok Campuran tinggal di sebelah kepada seseorang yang menyimpan kucing.
11. Lelaki yang menyimpan kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Lelaki yang merokok Master Blue minum bir.
13. Jerman merokok jenama Prince.
14. Warga Norway tinggal di sebelah rumah biru.
15. Orang yang merokok Campuran mempunyai jiran yang minum air.
Siapakah
yang memelihara Ikan?