Tidakkah anda terasa pelik dan hairan;
1. Nik Aziz yg ajak Umno bermuzakarah.. Nik Aziz yg berhajat utk bermuzakarah dgn Umno.. Nik Aziz pula yg letakkn syarat…TIDAKKAH ANDA TERASA PELIK DAN HAIRAN?!
2.Lazimnya yg dihajat akan letakkan syarat. Bukan yang berhajat. Yang berhajat memenuhi syarat.
3.Muzakarah untuk bincang masalah umat Islam.Masalah perpecahan umat Islam. Masalah Melayu dan Negara.
4. Muzakarah bukan untuk bincang masalah Nik Aziz. Nik Aziz nak muzakarah untuk dapatkan penjelasan fitnah yang dibuatnya sendiri. Fitnah, kononya Umno tolak Islam.Patut Umno yg dapatkn penjelasan kenapa Nik Aziz dan Pas fitnah Umno… TIDAKKAH ANDA TERASA PELIK DAN HAIRAN?
5.Nik Aziz kata semua perlu ada syarat. Tapi perlukan ada syarat utk bermuzakarah dan berbincang masalah umat.
6. Nik Aziz bagi perumpamaan, org nak kahwin pun ada syarat. Siapa yg meminang dan siapa yang berhajat? Siapa yg kenakan syarat mahar, hantran dll? Siapa yg perlu penuhi syarat? Bukankah pihak lelaki kerana pihak lelaki yang berhajat memiliki si puteri.
7. Tapi yang sebenarnya jika anda orang yang sentiasa berfikir, hantaran, maskahwin itu syarat utk bolehkan hajat memiliki pasangan. Bukan syarat utk bermuzakarah. Masa datang meminang dan muzakarah antara pihak lelaki dan pihak perempuan, adakah syarat dikenakan sebelum datang ke rumah? TAK ADA. Untuk bermuzakarah, tak ada syarat. Datanglah saja secara sopan. Duduk dulu berbincang tanpa syarat untuk bincangkan syarat yg diperlukan bagi menjayakan persetujuan yang dicapai.
8. Dalam hal Umno-Pas, duduklah dulu berbincang dan bermuzakarah utk kenal pasti punca dan jalan-jalan penyelesaian. Lepas tu, barulah letakkan syarat-syarat yg perlu dipenuhi dan dipatuhi oleh kedua-dua pihak dalam menjaya dan mereaslisasikan jalan penyelesaian yang telah dicapai dan dipersetujui. Inilah yang sepatutnya...!
9.Demikian juga dengan sekolah tadika seperti pasti, kemas dll. Juga perlu syarat, syarat utk memasukinya. Siapa yang berhajat, sekolah tadika atau murid tadika. Siapa yg kenakan syarat? Siapa yg perlu penuhi syarat utk masuk tadika? Pihak sekolah kah? BUKAN.
10. Jadi muzakarah sekarang, siapa yg berhajat sebenarnya? Bukankah Nik Aziz? Bukankah dia yg mengajak Umno bermuzakarah?
11. Makanya harus ditegaskan, patutnya Umno yg letak syarat! Tapi Umno tidak letakkan apa-apa syarat. Kenapa?
TIDAKKAH ANDA TERASA PELIK DAN HAIRAN?
Tidak pelik! kerana Umno benar-benar ikhlas nak bermuzakarah untuk bincangkan masalah umat Islam, Melayu dan Negara.
12. Namun sebelum itu semua, satu hal perlu disedari, Nik Aziz tidak mewakili pas kerana presiden pas Hadi Awang bercanggah pendapat dengannya. Apatah lagi Nik Aziz bukan mewakili umat Islam. Jadi tidak perlu Umno bermuzakarah dengannya utk memenuhi nafsu dan keinginan Nik Aziz seorang diri semata-mata. [klik]
Umno perlu berhati-hati. Jangan masuk perangkap!
13. Apa yg lebih patut dan lebih utama buat Nik Aziz, Nik Aziz perlu terlebih dahulu bermuzakarah dengan kepimpinan lain dalam partinya terutamnya presiden parti dan dewan ulama bagi mencapai kata sepakat terlebih dahulu untuk bermuzakarah sebelum bermuzakarah dengan pihak lain. Itu lebih afdal.
fikir-fikirkanlah...
ps: Jangan jadi orang yang sombong dan takbur. Ilmu yg dimiliki patut menjadikan seseorang itu lebih merendah diri dan tidak pentingkan diri sendiri.

