Inilah hakikatnya. Api akan membakar kayu api. Semakin besar api itu, semakin cepatlah kehancuran kayu api yang mengeluarkan api tersebut. Demikianlah FITNAH itu diumpamakan....
1.'Khawarij tidak menolak hukum hudud'.
Tapi UMNO difitnah kononnya UMNO tolak hudud. Namun fitnah itu kembali kepada penfitnah. Buktinya sekutu mereka, DAP secara terang dan nyata MENENTANG hudud hingga sanggup bermandikn DARAH demi menentang mana-mana pihak yang ingin melaksanakan hudud. Pas pula tetap teguh berkerjasama dengan penentang tegar hudud ini dan terus menyokong kafir DAP. Tidakkah itu bukti jelas Pas kekal bersekongkol MENOLAK hudud?
MCA yang tidak bersetuju hudud versi Pas dilaksanakan. Namun MCA melalui presidennya telah memberi pengakuan yang mereka akan TERIMA hudud (menepati syariat Islam) sekiranya itu kehendak majoriti rakyat, kerana MCA sememangnya konsisten memegang prinsip demokrasi dan bukannya kuku besi sepertimana DAP sekutu kesayangan PAS. Umno pula tidaklah pernah menolak hudud. Hanyasanya tidak dapat melaksanakannya masa ini kerana berpaksikan pada keadaan semasa di mana sebelum perlaksanaannya, banyak perkara yang lebih penting terlebih dahulu perlu diutamakan. Sebagaimana kata presiden Pas sendiri, TG Hadi Awang yang mana membasmi kemiskinan perlu didahulukn sebelum pelaksanaan hudud.
“Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.
“Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.
“Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
“Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan,” katanya.
“Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.
“Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
“Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan,” katanya.
[bukti]
Realitinya, kemiskinan dalam negara masih belum dapat diatasi sepenuhnya dan sebenarnya PAS menyedari hakikat ini serta mengetahui sebab kenapa UMNO masih belum dapat melaksanakan hudud. Namun Pas konsisten menuduh dan menfitnah UMNO. Pas terus menipu pengikut mereka yang taksub pada perjuangan hipokrit Pas hanya untuk dapatkan kuasa semata-mata . Sebaliknya DS Najib telah menyatakan yang BN sedia laksanakan hudud BERPAKSIKAN kepada keadaan semasa, yakni perkara lebih utama diatasi dahulu.
Oleh itu, siapa sebenarnya yg lebih rasional dan berhikmah dalam perjaungan hudud dan siapa pula yg penuh dgn muslihat dan penuh kepura-puraan dlm perjuangan hingga sanggup mejual agama untuk mendapatkan kuasa?
2.'Khawarij tidak menghalalkn judi dan arak'.
Tapi dituduh Umno menghalalkan judi dan arak. Namun fitnah itu tetap kembali kepada penfitnah. UMNO tidak pernah sesekali menghalalkan hukum berjudi mahupun minum arak. BN cuma lulus dan beri lesen kepada orang bukan Islam berniaga. Hatta negeri diperintah Pas, juga masih kekal melulus dan TIDAK MENGHARAMKAN lesen premis penjualan arak di Kelantan.
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh
diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz 26 November 1994.
diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz 26 November 1994.
Di Kelantan sekurang2nya 44 lesen penjualan arak masih dihalalkan dan tidak diharamkan/dibatal
[bukti]
Akhirnya ketua golongan yg suka menabur finah membela pihak yang difitnah itu, kerana fitnah itu telah kembali kepada pengeluar fitnah itu sendiri. Hebatnya ALLAH swt.
3. 'Khawarij kuat mengerjakan solat. UMNO pula tidak kisah ahli2nya mengerjakan solat atau tidak.' Ini lagi satu fitnah yang nyata. Boleh dikata dalam SETIAP perhimpunan umno, pemimpin umno sentiasa mengingatkn ahli2nya agar berpegang teguh pada agama. Sudah tentulah ini merangkumi akidah, amal ibadat(solat, puasa, zakat dll), muamalat, munakahat dll. Ini menunjukkan Umno sangat meniti beratkan ahli-ahlinya menunaikan perintah agama termasuklah solat. Orang Umno bukannlah jenis yg suka menunjuk2 hinggakan setiap solat pemimpin mereka akan terus digambar dan disebarkan merata2 atau menunjuk2 solat dekat jalan-jalan meskipun ada masjid atau surau berdekatan.... Pendekatan diambil Umno adalah kesederhanaan atau wasatiyyah. Bukannya extremis seperti puak khawarij.
4. 'Khawarij menentang korupsi, UMNO menghalakn korupsi'.
"Hahahaha... fitnah oh fitnah. Mengapa sudah sebati akan dikau dihati mereka?"
Demikianlah fitnah dan penfitnah. Tiada hentinya. Namun sudah menjadi hukum, fitnah pasti kembali juga kepada penfitnah akhirnya. Umno tidak pernah pun menghalalkn korupsi, sebaliknya sentiasa berjuang menentangnya. Sebab itu Anwar Ibrahim telah dipecat dari Umno dan kerajaan kerana korupsi yang dilakukannya semasa dalam kerajaan. Ianya TELAH DISABITKAN BERSALAH oleh mahkamah. Tapi Pas pula melantik org yg telah dibuang oleh Umno kerana korupsi untuk dijadikn pemimpin utama mereka (ketua PR). Jadi sebenarnya Pas itu pembela para koruptor!
Malahan Pas sendiri mengamalkn korupsi. Lihat sahaja kes bazar tok guru di Kelantan
[bukti] & [bukti lagi]
Pas dan PR hanya pandai melalak kononnya membenci korupsi tapi dalam masa sama Pas dan PR keenakkan mengamal korupsi dalam pemerintahan mereka. Ternyatalah fitnah itu kembali kepada penfitnah! Hebatnya Allah swt.
5. 'Khawarij tidak redha orang bukan Islam menghina Islam, UMNO melindungi orang bukan Islam yg menghina Islam'.
Inila fitnah yang secara jelas nyata kembali kepada penfitnahnya. Jika MCA yang tidak bersetuju hudud Pas dilaksanakn tetapi akan sedia menerima hudud Islam jika itu kehendak majoriti, dianggap sebagai menghina Islam; Tidakkah DAP sekutu pujaan PAS yg sanggup mati demi menentang hudud dan negara Islam, lebih menghina Islam?! Nampak tak betapa munafik dan hipokritnya perjuangan Pas! Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini dari sebarang cacat cela.
Renung dan fikirkanlah dengan minda terbuka dan akal yang rasional...
Lanjutkan pembacaan...klik sini
note: bukanlah nak membela umno dlm hal 'fitnah' ini, cuma membuat analisa perbandingan dgn rasional berdasarkan fakta realiti kini.
note: bukanlah nak membela umno dlm hal 'fitnah' ini, cuma membuat analisa perbandingan dgn rasional berdasarkan fakta realiti kini.



http://bilarentapbangkit.blogspot.com/
ReplyDelete